Friday, 10 June 2011

Mesyuarat Kali Ke 4 Jawatankuasa Pengelola Perayaan Hari Guru Kebangsaan 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perayaan Hari Guru Kali Ke 4 merupakan mesyuarat terakhir sebagai persediaan menjayakan majlis pelancaran perayaan peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Terengganu pada 16 Mei 2009.  Semua keputusan pertandingan dan anugerah telah diterima oleh pihak urus setia.  

Mesyuarat yang turut dihadiri oleh semua Setiausaha-Setiausaha Perayaan Negeri telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Zulkifly Mohd Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.  Mesyuarat juga di hadiri oleh YBhg. Dato’ Alimuddin Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dr. Khair b. Mohamad Yusof, Pengarah Institut Aminudin Baki, dan Encik James Alip, Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum.

Acara-acara yang akan dianjurkan sempena dengan majlis pelancaran ialah:

  • Pameran Pendidikan pada 13 - 17 Mei 2009 di Terengganu Trade Centre
  • Bahas Guru pada 15 Mei 2009 (jam 0900) di Institut Perguruan Dato’ Razali Ismail
  • Forum Pendidikan pada 15 Mei 2009 (1500) di Wisma Darul Iman

2 comments: