Mesyuarat yang turut dihadiri oleh semua Setiausaha-Setiausaha Perayaan Negeri telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Zulkifly Mohd Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Mesyuarat juga di hadiri oleh YBhg. Dato’ Alimuddin Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dr. Khair b. Mohamad Yusof, Pengarah Institut Aminudin Baki, dan Encik James Alip, Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum.
Acara-acara yang akan dianjurkan sempena dengan majlis pelancaran ialah:
- Pameran Pendidikan pada 13 - 17 Mei 2009 di Terengganu Trade Centre
- Bahas Guru pada 15 Mei 2009 (jam 0900) di Institut Perguruan Dato’ Razali Ismail
- Forum Pendidikan pada 15 Mei 2009 (1500) di Wisma Darul Iman

good article....
ReplyDeletebut it's an old article...
ReplyDelete